Mahu ikan laga anda sihat

http://b-ettafishshop.blogspot.com/

Mahu ikan laga anda kuat berlawan

http://b-ettafishshop.blogspot.com/

Mahukan ikan laga anda cantik

http://b-ettafishshop.blogspot.com/

Mahukan ikan laga anda membiak

http://b-ettafishshop.blogspot.com/

Semuanya di sini

http://b-ettafishshop.blogspot.com/

Saturday, February 15, 2014

MICROWORM

Microworm adalah ulat yg bersaiz seni dan sesuai untuk anak-anak ikan yang baru menetas dan sesuai sebagai makanan pertama anak ikan laga. Walaupun namanya Microworm. Mereka bukan betul-betul cacing. Microworm adalah nematod. Sesetengah nematod adalah makanan terbaik untuk ikan dan sesetengah nematod lain adalah parasit yang boleh memburukkan kesihatan ikan. Sesetengah penternak ikan akan menghasilkan nematod sebagai makanan ikan mereka. Nematod nie makan makanan yang berkanji seperti Oatmeal,tepung dan seumpamanya. Jadi nematod nie betul-betul selamat untuk ikan anda dan boleh dimasukkan kedalam akuarium tanpa menjejaskan kesihatan ikan anda.
Sumber : I-kanlaga

ARTEMIA

Artemia merupakan genus krustasia akuatik yang dikenali sebagai air garam udang. Artemia , satu-satunya genus dalam Artemiidae keluarga, yang berubah hanyalah luaran sejak tempoh Triassic itu. Rekod sejarah kewujudan Artemia bermula sejak 982 daripada Urmia Lake , Iran, walaupun rekod jelas yang pertama adalah laporan dan lukisan yang dibuat oleh Schlosser tahun 1756 haiwan dari Lymington , England. Populasi Artemia didapati di seluruh dunia dalam tasik air masin di pedalaman , tetapi tidak dalam lautan. Artemia dapat mengelakkan bersekedudukan dengan kebanyakan jenis pemangsa, seperti ikan, oleh keupayaan untuk hidup di perairan kemasinan yang sangat tinggi .Keupayaan Artemia untuk menghasilkan telur yang tidak aktif , yang dikenali sebagai sista, telah membawa kepada banyak menggunakan Artemia dalam akuakultur. Sista boleh disimpan untuk tempoh yang panjang dan menetas pada permintaan untuk menyediakan satu bentuk mudah makanan hidup untuk ikan larva dan crustaceans.Nauplii daripada Artemia air garam udang merupakan bahan makanan yang paling banyak digunakan, dan lebih 2000 tan sista Artemia kering dipasarkan di seluruh dunia setiap tahun. Di samping itu, daya tahan Artemia menjadikan mereka haiwan yang sesuai untuk menjalankan ujian ketoksikan biologi dan ia kini merupakan salah satu organisma standard untuk menguji ketoksikan chemicals.baka daripada Artemia dijual sebagai hadiah sesuatu yang baru di bawah nama pemasaran Sea- Monkeys .Jadi artemia memang makanan kesukaan makanan anak ikan laga yang cukup digemari

CACING KERAWIT

Cacing kerawit atau Cacing keruit (bahasa Inggeris:hookworm) ialah nematod parasit yang hidup di dalam usus kecil perumahnya,iaitu mungkin mamalia seperti anjing, kucing, atau mamusia.Dua spesies cacing kerawit biasanya menjangkiti manusia, Ancylostoma duodenale dan Necator americanus. A. duodenale banyak terdapat di Asia Tengah, Afrika Utara, India dan (dahulunya) di selatan Eropah, sementara N.
americanus banyak terdapat di Amerika, Sub-Sahara Afrika, Asia Tenggara, China, dan Indonesia. Cacing kerawit telah menjangkiti lebih daripada 600 juta orang di seluruh dunia. Spesies A. braziliense dan A. tubaeforme menjangkiti kucing, manakala A. caninum menjangkiti anjing.Uncinaria stenocephala menjangkiti anjing dan kucing.Cacing kerawit ini juga sesuai untuk menjadi makanan anak ikan laga

Monday, February 10, 2014

JENIS-JENIS IKAN LAGA

B. Akarensis complex:
                                                                                                                                                              

  Regan, 1910  
           Betta akarensis male-            
Regan, 1910  


Akar Betta

Tan & Ng, 2006
Tan & Ng, 2004
Herre, 1940
 Ng, 1993
Tan and Ng, 2004

Tan & Ng, 2005
Tan and Kottelat, 1998





Ikan jenis lain akan datang...

Tuesday, February 4, 2014

CACING DARAH

Blood worm atau lebih dekenali sebagai cacing darah iaitu seranga golongan chironomus . Nampak seperti
cacing tetapi sebenarnya ia adalah serangga.dengan kandungan nutrisi yang kaya dengan protein, cacing darah adalah makanan ikan yang paling disukai.kandungan protein yang tinggi dapat mengakibatkan ikan yang memakan cacing darah tersebut lebih sihat hingga ikan tersebut warnanya semakin lebih cerah dan cantik lagi.Terdapat 90% air di tubuhnya dan 10% adalah isinya.Jadi anak ikan laga perlu diberi makan cacing darah untuk mencantikan lagi warnanya

WIKIPEDIA IKAN LAGA

Ikan laga

Ikan laga memang cantik tetapi suka bergaduh dengan ikan lain termasuk jenis ikan pelaga yang lain. Perlu masuk di dalam bekas yang berasingan dengan ikan lain. Ikan laga merupakan sejenis ikan air tawar yang yang dipelihara di dalam akuarium. Ia berasal dari lembangan Sungai Mekong di Asia Tenggara.

Antara jenis ikan pelaga ialah Betta splendens (ikan laga siam), Betta imbellis (ikan mengkaring) dan Trichopsis vittata (ikan sempilai).Selain itu ikan pelaga juga dikenali dengan nama Ikan Pelaga.

 Penjagaan Ikan laga

 Air yang sesuai untuk ikan pelaga adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air yang di masak sesuai untuk ikan laga kerana air ini tidak mengandungi klorin. Jika menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan laga.Terdapat juga ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan laga. Air mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor atau berklorin boleh mendatangkan banyak penyakit kepada ikan laga ini kerana air-air ini mengandungi bacteria yang tidak sihat untuk ikan laga. Jika bekas akuarium atau balang ikan pelaga tiada penutup pastikan air tidak terlalu penuh.Ini kerana ikan laga sangat aktif dan boleh melompat keluar dari akuarium.

Makanan

Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan laga.Hal ini disebabkan ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas dan koi tidak sesuai untuk ikan laga.


Pembersihan Aquarium atau bekas Ikan laga

 Pembersihan aquarium untuk ikan laga sekurang-sekurangnya sekali seminggu. Tempatkan ikan laga dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan bekas ikan laga dengan air panas atau suam kerana sabun boleh menjejaskan kesihatan ikan laga.penambahan ubat anti-klorin diperlukan jika menggunakan air paip. Air yang telah ditukar haruslah sama suhunya dengan air lama.Ini adalah untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut pada ikan laga.

SEJARAH DAN INFO TENTANG IKAN LAGA

Nama saintifik ikan laga.

Ikan ini disebut dalan bahasa latinnya adalah Betta splendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher). Nama ikan laga, kerana ikan ini kalau ditemukan dalam 1vs1, ikan ini akan bergaduh sesama sendiri. Kesian aku tengok ikan ini kalau digaduhkan macam ayam laga, jangan dibuat macam itu lah ya.

Mitos/Lagenda ikan laga di Negara Siam.

Betta Fish adalah dikatakan telah dapat nama dari satu suku-sakat purba pahlawan-pahlawan Asia memanggil “Bettah.” Ikan ini telah diberikan nama betta dari pahlawan-pahlawan kerana kira-kira 150 tahun lepas rakyat menikmati menyertai dalam satu sukan terkenal yang menceburi pergaduhan dua daripada ikan pahlawan ini. (Malah, sukan sungguh popular yang ia telah diatur dan disukai oleh Raja Siam!).

Satu perkara yang menarik tentang pergaduhan ikan ini adalah, tidak sama seperti ayam jantan atau pergaduhan anjing di barat sana, pada pertandingan-pertandingan ikan pelaga Siam, pertandingan sebenar adalah lebih mengukur keberanian ikan itu, daripada satu pergaduhan melihat berapa luka yang teruk oleh ikan itu atau sehingga mati salah satu ikan itu. Penonton-penonton bertaruh pada berapa lama satu ikan tertentu akan memperjuangkan , dan yang satu akan melepaskan pertama.

(Malah, kebanyakan ikan hanya akan digunakan untuk sekali atau dua kalau mati sekali jerla , dan kemudian akan dibela atau dibuang begitu sahaja untuk persenyawaan. ) Kalau mati, beli yang baru. Sehingga hari ini, sukan itu masih ada di negara siam. Malaysia pun ada, tapi pandai-pandailah tanggung ya.

Info ikan laga:

Nama saintifik: Betta Splendens
Nama lain: Betta
Pengkelasan/Keluarga: Belontiidae
Boleh didapati : Cambodia, Thailand
Saiz Dewasa: 3 inches (7 cm)
Kehidupan sosial: Jantan sama jantan jangan diletakkan dalam satu balang, nanti gaduh!
Jangka hayat: 2-3 tahun
Diet/Pemakanan: Emping, keropok ikan (bulat2), serangga, alga.
Cara menetas/pembiakan: Buih-buih seperti buih sabun jumlah yang banyak (seperti telur katak)
Tahap untuk membela: Sangat mudah dijaga. Tidak perlu letak oksigen macam ikan kelisa, dan ikan emas yang sangat manja.
pH yang sesuai: 6.8 – 7.4
Suhu: 75-86 F bersamaan (24-30 C)

Ikan ini juga dibuat untuk perhiasan dalam akarium yang orang cina kebanyakkanya percaya dengan “ong” atau fengshui. Negarakita, Malaysia juga banyak ikan laga ini dikomersialkan di pasaran tempatan dan juga pasaran luar negara. 
Sumber : Kami Penggemar ikan

PENYAKIT IKAN LAGA DAN CARA MENGUBATINYA

PENYAKIT-PENYAKIT IKAN BETTA

Clamped fin (sirip menguncup)

Penyakit ini adalah amat biasa bagi ikan betta
Punca : Air atau suhu sejuk dan kualiti air yang tidak elok

Rawatan: amat mudah kalau kena pada peringkat awal.
1. Tukar air 100%
2. Pastikan kualiti air yang baik, jika air paip biarkan 2 atau 3 hari dalam baldi untuk
mengurangkan klorin.
3. Masukkan sehelai daun ketapang kering dan sedikit garam kasar.
4. Letak balang di luar rumah biar kena embun semalaman.letak dicelah2 pokok pun boleh dan
dibiarkan 2-3 hari.jangan diberi makan semasa proses rawatan ini.

Penyakit ini jika lewat dirawat akan menyebabkan ikan terkena white spot dan boleh mati.

Penyakit sirip menguncup


Tail rot or fin rot (Ekor atau sirip mereput)

Simtom: Sirip atau ekor Ikan Betta seolah-olah menjadi lebih pendek dan lebih pendek atau
ekornya seolah-olah jatuh dan terdapat warna hitam atau merah di tepi sirip / ekor
betta ini. Warna mungkin pudar / pucat.

Punca : air yang kotor akan menyebabkan bakteria dan partikel-partikel merbahaya merebak
dalam air

Rawatan : 1. Tukar air 100%
2. Masukkan sedikit garam berubat 1 sudu kecil / gal. setiap kali tukar air baru
3. Tunggu hingga 5 hari jika tiada perubahan, gunakan ubat betta seperti
API Tetracycline, API Fungus Cure, API Triple Sulfa, atau API Erythromycin.

http://nippyfish.net/icecream/wp-content/uploads/2011/02/fin-rot.jpg
Sirip dan ekor yang mereput


Fungal Infection (Jangkitan Fungus)

Simtom : Terdapat tompok seperti kapas putih pada badan atau kepala, lesu, tidak lalu makan,
sirip menguncup dan warna badan jadi pucat.

Rawatan : 1. Asingkan ikan sakit dari ikan yang sihat.
2. Tukar air 100%
3. Cuci tangki atau balang ikan sebersih-bersihnya dan jemur pada matahari.
4. Masukkan garam berubat/garam akuarium 1-2 sudu kecil / gelen setiap kali
air ditukar.
5. Jika rawatan ini tidak berhasil, gunakan ubat betta seperti Melafix juga
yellow powder keluaran Jepun dan S1
6. Tukar air setiap hari dan masukkan ubat anti fungus diatas sehingga sembuh.

jangkitan fungus

Pop Eye (mata membengkak dan membonjol)

Simtom : Satu atau kedua-dua mata akan membengkak dan membonjol keluar. Jika tidak dirawat
ikan akan mati.

Punca : Keadaan air yang kotor dan tidak sesuai

Rawatan : 1. Tukar air 100% (gunakan air tapisan)
2. Masukkan sedikit aquarium salt atau garam kasar kedalam balang ikan
3. Tukarkan air setiap hari.
4. Untuk rawatan yang efektif disyorkan menggunakan ubat Baktopur keluaran Sera.

mata ikan membengkak

Penyakit Dropsy
Penyakit ini sering disebut sebagai salah satu penyakit maut bagi Betta. Penyakit ini susah untuk diubati
Simtom utama : Ikan Betta kembung dan jika anda melihat dari atas, anda akan dapat melihat sisiknya terbuka atau kembang. Selera makan juga hilang dan sentiasa
berada di permukaan air.
Punca : 1. Kualiti air yang tidak elok / kotor,
2. Kandungan Ammonia atau Nitrite yang byk dlm tangki
3. Mungkin dari makanan seperti jangkitan dari cacing hidup.

Rawatan : Jika dikesan pada fasa awal penyakit ini berlaku mungkin boleh diubati
1. Asingkan ikan ini dari ikan-ikan yang lain.
2. Tukar air yang bersih 100%
3. Masukkan Aquarium salt (garam akuarium) 1-2 sudu kecil /gelen dan Jungle’s
Anti-Parasite pellets untuk makanannya.
4. Tukar air setiap hari dan masukkan garam akuarium setiap kali tukar air baru.
5. Anda juga boleh mencuba ubat Arowana Gold untuk rawatan susulan.
Jika lewat dikesan tiada harapan untuk menyelamatkan ikan anda.

sisik ikan terbuka

Bloated Betta (perut membengkak atau kembung)
Simtom : 1. Ia berlaku kebanyakannya di bahagian bawah perut ikan.
2. Ikan Betta yang kembung tidak akan berhenti makan dalam kebanyakan kes.
3. Ikan akan kelihatan sakit .
4. Masalah pencernaan adalah salah satu daripada gejala utama.
5. Perut akan kelihatan buncit.
6. Ikan akan menjadi kurang aktif atau kerap menyembunyikan diri.
Rawatan : 1. Tukar air ke bersih 100% (guna air tapisan lagi baik)
2. Kurangkan beri makanan (makanan pellet 2-4 pellet sehari)
3. Ambil garam ENO tanpa perasa atau garam ORS dan masukkan sedikit
kedalam tangki atau balang ikan. Anda akan dapat lihat tahinya akan
keluar bertali.
4. Tukar air 1 atau2hari sekali dan masukkan garam ENO sedikit setiap kali air ditukar.
5. Pastikan paras air rendah supaya ikan tidak perlu bekerja keras untuk
mendapatkan udara dari atas

            Sumber : Info Ikan Laga

BIAKKAN IKAN LAGA DENGAN CARA YANG MUDAH

LANGKAH-LANGKAH

     1 . 2 bekas bersaiz sederhana untuk ikan-ikan laga
     2 . Sediakan induk jantan dan betina (pilih yang sudah matang)
     3 . Sediakan 1 bekas berlainan untuk melentakkan induk ini bersama-sama
     4 . Sediakan satu cawan polistrin yang dah dibelah dua

PERHATIAN!

     1 .  2 bekas yang korang sediakan itu hanya sekadar permualaan tak perlu besar
     2 .  Satu jantan dan satu betina -> tidak boleh dipoligami -> konfem takkan jadi
     3 .  Ikan-ikan ini perlu diletakkan sekali di bekas besar sedikit
     4 .  Cawan polistren ini bertujuan untuk mengekalkan sarang buih daripada musnah

KAEDAH
  1.  Ikan-ikan itu  harus diletakkan dalam bekas masing-masing dan diletakkan bertangan
  2.  Biarkan ikan dalam sedemikian selama 5-7 hari.ikan perlu diberi makan dalam tempoh tersebut     
  3.  Selepas beberapa hari akan namapak sarang buih yang dibuat oleh ikan laga itu
  4.  Ikan betina dipisahkan kerana induk itu akan memakan telur-telur tersebut
     Kalau anda musykil sila tanya kepada saya atau
tonton video di bawah ini


Sumber : Youtube

CONTOH-CONTOH JENIS IKAN LAGA

JENIS-JENIS IKAN LAGA

CROWNTAILS






DELTAS / SUPER DELTAS 




DOUBLE TAILS






HALFMOON





HALFMOON PLAKATS




 VIELTAILS / LONG TAILS



 WILD TYPES / IMBELLIS



IMBELLIS dan HALFMOON banyak kat malaysia ini kalau kat kedai mesti jumpa punya la spesis ini
terutamanya plakat thailand.

DAUN KETAPANG KERING UNTUK IKAN LAGA

Pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yang tak asing lagi di Malaysia dan juga rendang kerana daunnya yang lebar. Pokok ketapang digunakan sebagai tempat berteduh oleh kebanyakan orang/petani kerana daunnya yang lebar. Nama botani bagi pokok ini adalah Millania Catappa. Setiap bahagian pokok ketapang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Daun Ketapang adalah bahagian yang paling berkhasiat kerana mengandungi asid Humin dan Tunnin yg boleh menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali. Daun ketapang yg muda dan tua mempunyai khasiat yg berlainan. Daun ketapang yg tua/kering adalah daun yg sesuai untuk ikan laga kerana air rendaman daun ini boleh merawat luka-luka pada ikan laga. Air rendaman daun ketapang tua/kering berwarna keemas-emas/gelap.
  Daun ketapang adalah ubat terbaik untuk ikan laga bagi menggantikan blackwater. Daun ketapang mempunyai bentuk yg lebar dan besar. Daun ketapang juga digunakan secara meluas oleh penternak-penternak ikan laga. Daun ketapang bukan sahaja digunakan untuk ikan laga malah daun ini juga digunakan oleh penternak-penternak ikan kelisa dan juga ikan-ikan hiasan kerana khasiatnya yg mampu bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit-penyakit buruk kepada ikan serta mengurangkan nilai Ph/asid air.

 

                                             Daun Ketapang Kering                                                 

Antara khasiat daun ketapang kering untuk ikan laga ialah :

  1. Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga
  2. Merawat luka-luka pada ikan laga
  3. Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
  4. Mengoptimum kesihatan ikan laga
  5. Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
  6. Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium) 
  7. Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
  8. Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
  9. Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
  10. Keadaan air yg nyaman dan selesa untuk ikan laga
  11. Mengurangkan stres/murung ikan laga
  12. Pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
  13. Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
 
Perhatian:
Penggunaan berlebihan sehingga nilai Ph air tidak stabil boleh membahayakan nyawa ikan.

 Cara Penggunaan:

  1. Ambil sekeping daun ketapang yg kering letakkan ke dalam bekas/akuarium 
  2. Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong dan hanya memasukkan beberapa helai cukup sekadar untuk menukarkan warna air kepada kekuningan
  3. Boleh digunakan ketika ikan sakit/stres
  4. Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat supaya tercegah daripada terkena penyakit
  5. Ditukar 1-2 mggu sekali
Sumber : i-kan laga