Pokok ketapang adalah
sejenis tumbuhan yang tak asing lagi di Malaysia dan juga rendang kerana
daunnya yang lebar. Pokok ketapang digunakan sebagai tempat berteduh
oleh kebanyakan orang/petani kerana daunnya yang lebar. Nama botani bagi
pokok ini adalah Millania Catappa. Setiap bahagian pokok ketapang
mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Daun Ketapang adalah bahagian yang
paling berkhasiat kerana mengandungi asid Humin dan Tunnin yg boleh
menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali. Daun ketapang yg muda
dan tua mempunyai khasiat yg berlainan. Daun ketapang yg tua/kering
adalah daun yg sesuai untuk ikan laga kerana air rendaman daun ini boleh
merawat luka-luka pada ikan laga. Air rendaman daun ketapang tua/kering
berwarna keemas-emas/gelap.
Daun ketapang adalah
ubat terbaik untuk ikan laga bagi menggantikan blackwater. Daun ketapang
mempunyai bentuk yg lebar dan besar. Daun ketapang juga digunakan
secara meluas oleh penternak-penternak ikan laga. Daun ketapang bukan
sahaja digunakan untuk ikan laga malah daun ini juga digunakan oleh
penternak-penternak ikan kelisa dan juga ikan-ikan hiasan kerana
khasiatnya yg mampu bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh
mendatangkan penyakit-penyakit buruk kepada ikan serta mengurangkan
nilai Ph/asid air.
- Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga
- Merawat luka-luka pada ikan laga
- Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
- Mengoptimum kesihatan ikan laga
- Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
- Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium)
- Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
- Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
- Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
- Keadaan air yg nyaman dan selesa untuk ikan laga
- Mengurangkan stres/murung ikan laga
- Pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
- Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
Penggunaan berlebihan sehingga nilai Ph air tidak stabil boleh membahayakan nyawa ikan.
- Ambil sekeping daun ketapang yg kering letakkan ke dalam bekas/akuarium
- Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong dan hanya memasukkan beberapa helai cukup sekadar untuk menukarkan warna air kepada kekuningan
- Boleh digunakan ketika ikan sakit/stres
- Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat supaya tercegah daripada terkena penyakit
- Ditukar 1-2 mggu sekali
0 comments:
Post a Comment