Tuesday, February 4, 2014

PENYAKIT IKAN LAGA DAN CARA MENGUBATINYA

PENYAKIT-PENYAKIT IKAN BETTA

Clamped fin (sirip menguncup)

Penyakit ini adalah amat biasa bagi ikan betta
Punca : Air atau suhu sejuk dan kualiti air yang tidak elok

Rawatan: amat mudah kalau kena pada peringkat awal.
1. Tukar air 100%
2. Pastikan kualiti air yang baik, jika air paip biarkan 2 atau 3 hari dalam baldi untuk
mengurangkan klorin.
3. Masukkan sehelai daun ketapang kering dan sedikit garam kasar.
4. Letak balang di luar rumah biar kena embun semalaman.letak dicelah2 pokok pun boleh dan
dibiarkan 2-3 hari.jangan diberi makan semasa proses rawatan ini.

Penyakit ini jika lewat dirawat akan menyebabkan ikan terkena white spot dan boleh mati.

Penyakit sirip menguncup


Tail rot or fin rot (Ekor atau sirip mereput)

Simtom: Sirip atau ekor Ikan Betta seolah-olah menjadi lebih pendek dan lebih pendek atau
ekornya seolah-olah jatuh dan terdapat warna hitam atau merah di tepi sirip / ekor
betta ini. Warna mungkin pudar / pucat.

Punca : air yang kotor akan menyebabkan bakteria dan partikel-partikel merbahaya merebak
dalam air

Rawatan : 1. Tukar air 100%
2. Masukkan sedikit garam berubat 1 sudu kecil / gal. setiap kali tukar air baru
3. Tunggu hingga 5 hari jika tiada perubahan, gunakan ubat betta seperti
API Tetracycline, API Fungus Cure, API Triple Sulfa, atau API Erythromycin.

http://nippyfish.net/icecream/wp-content/uploads/2011/02/fin-rot.jpg
Sirip dan ekor yang mereput


Fungal Infection (Jangkitan Fungus)

Simtom : Terdapat tompok seperti kapas putih pada badan atau kepala, lesu, tidak lalu makan,
sirip menguncup dan warna badan jadi pucat.

Rawatan : 1. Asingkan ikan sakit dari ikan yang sihat.
2. Tukar air 100%
3. Cuci tangki atau balang ikan sebersih-bersihnya dan jemur pada matahari.
4. Masukkan garam berubat/garam akuarium 1-2 sudu kecil / gelen setiap kali
air ditukar.
5. Jika rawatan ini tidak berhasil, gunakan ubat betta seperti Melafix juga
yellow powder keluaran Jepun dan S1
6. Tukar air setiap hari dan masukkan ubat anti fungus diatas sehingga sembuh.

jangkitan fungus

Pop Eye (mata membengkak dan membonjol)

Simtom : Satu atau kedua-dua mata akan membengkak dan membonjol keluar. Jika tidak dirawat
ikan akan mati.

Punca : Keadaan air yang kotor dan tidak sesuai

Rawatan : 1. Tukar air 100% (gunakan air tapisan)
2. Masukkan sedikit aquarium salt atau garam kasar kedalam balang ikan
3. Tukarkan air setiap hari.
4. Untuk rawatan yang efektif disyorkan menggunakan ubat Baktopur keluaran Sera.

mata ikan membengkak

Penyakit Dropsy
Penyakit ini sering disebut sebagai salah satu penyakit maut bagi Betta. Penyakit ini susah untuk diubati
Simtom utama : Ikan Betta kembung dan jika anda melihat dari atas, anda akan dapat melihat sisiknya terbuka atau kembang. Selera makan juga hilang dan sentiasa
berada di permukaan air.
Punca : 1. Kualiti air yang tidak elok / kotor,
2. Kandungan Ammonia atau Nitrite yang byk dlm tangki
3. Mungkin dari makanan seperti jangkitan dari cacing hidup.

Rawatan : Jika dikesan pada fasa awal penyakit ini berlaku mungkin boleh diubati
1. Asingkan ikan ini dari ikan-ikan yang lain.
2. Tukar air yang bersih 100%
3. Masukkan Aquarium salt (garam akuarium) 1-2 sudu kecil /gelen dan Jungle’s
Anti-Parasite pellets untuk makanannya.
4. Tukar air setiap hari dan masukkan garam akuarium setiap kali tukar air baru.
5. Anda juga boleh mencuba ubat Arowana Gold untuk rawatan susulan.
Jika lewat dikesan tiada harapan untuk menyelamatkan ikan anda.

sisik ikan terbuka

Bloated Betta (perut membengkak atau kembung)
Simtom : 1. Ia berlaku kebanyakannya di bahagian bawah perut ikan.
2. Ikan Betta yang kembung tidak akan berhenti makan dalam kebanyakan kes.
3. Ikan akan kelihatan sakit .
4. Masalah pencernaan adalah salah satu daripada gejala utama.
5. Perut akan kelihatan buncit.
6. Ikan akan menjadi kurang aktif atau kerap menyembunyikan diri.
Rawatan : 1. Tukar air ke bersih 100% (guna air tapisan lagi baik)
2. Kurangkan beri makanan (makanan pellet 2-4 pellet sehari)
3. Ambil garam ENO tanpa perasa atau garam ORS dan masukkan sedikit
kedalam tangki atau balang ikan. Anda akan dapat lihat tahinya akan
keluar bertali.
4. Tukar air 1 atau2hari sekali dan masukkan garam ENO sedikit setiap kali air ditukar.
5. Pastikan paras air rendah supaya ikan tidak perlu bekerja keras untuk
mendapatkan udara dari atas

            Sumber : Info Ikan Laga

0 comments:

Post a Comment