Ikan laga
Ikan
laga memang cantik tetapi suka bergaduh dengan ikan lain termasuk jenis
ikan pelaga yang lain. Perlu masuk di dalam bekas yang berasingan
dengan ikan lain. Ikan laga merupakan sejenis ikan air tawar yang yang
dipelihara di dalam akuarium. Ia berasal dari lembangan Sungai Mekong di
Asia Tenggara.
Antara jenis ikan pelaga ialah Betta
splendens (ikan laga siam), Betta imbellis (ikan mengkaring) dan
Trichopsis vittata (ikan sempilai).Selain itu ikan pelaga juga dikenali
dengan nama Ikan Pelaga.
Penjagaan Ikan laga
Air
yang sesuai untuk ikan pelaga adalah air yang bebas klorin. Air tapis
dan air yang di masak sesuai untuk ikan laga kerana air ini tidak
mengandungi klorin. Jika menggunakan air paip biarkan air tersebut
selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan laga.Terdapat juga ubat
anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air
yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan laga. Air
mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor atau berklorin boleh
mendatangkan banyak penyakit kepada ikan laga ini kerana air-air ini
mengandungi bacteria yang tidak sihat untuk ikan laga. Jika bekas
akuarium atau balang ikan pelaga tiada penutup pastikan air tidak
terlalu penuh.Ini kerana ikan laga sangat aktif dan boleh melompat
keluar dari akuarium.
Makanan
Makanan
berbentuk pellet sesuai untuk ikan laga.Hal ini disebabkan ikan laga
hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan
laga juga cerewet dalam pemakanan. Makanan ikan lain seperti makanan
ikan emas dan koi tidak sesuai untuk ikan laga.
Pembersihan Aquarium atau bekas Ikan laga
Pembersihan
aquarium untuk ikan laga sekurang-sekurangnya sekali seminggu.
Tempatkan ikan laga dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan
bekas ikan laga dengan air panas atau suam kerana sabun boleh
menjejaskan kesihatan ikan laga.penambahan ubat anti-klorin diperlukan
jika menggunakan air paip. Air yang telah ditukar haruslah sama suhunya
dengan air lama.Ini adalah untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut
yang boleh membawa maut pada ikan laga.
Tuesday, February 4, 2014
WIKIPEDIA IKAN LAGA
5:15 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment